Assalamualaikum...
Hahaha.. Taktau nak mula dari mana.. Tapi, memang pengalaman di bulan ini sangat menyeronokkan dan tak mungkin dapat dilupakan... Terasa banyak sangat aktiviti yang kami buat selama 29 hari ni... Meh sa ceta satu-satu. hehe
Firstly, awal-awal bulan FEB ni kami berB.I.G hehehe. tau ka apa kepanjangan B.I.G??? Mestilah korang taktau kan melainkan korang study kat IPG. hoho. Maksud BIG tu bukan BESAR ahh.. tapi Bina Insan Guru. Cewah.. Terbinalah sangat insaniah kami ni. Wakakakaka.. Latar tempat BIG kami tu di Borneo Paradise Lahad Datu. Korang tau ka di mana tempat tu? hmm.. nda tau lah berapa kilometer sudah tu dari Balung Tawau ke Borneo Paradise LD. Adalah juga kali sampai satu marhala kata kawanku c Mijo Blur. haha.
Yang di atas ni gambar sebelum bergerak ke Borneo Paradise.. Semangat gila okehh budak lelaki batch kami ni kalau bab-bab aktiviti keluar dari IP.. haha. Palinglah~
Di sini tapak perkhemahan kitaorg.. hehe. Agak susah jugalah mau mendirikan khemah kami tu. Kawasan BANYAKKK BATU dowh!! LoL!
Nahh... Sebelum kami buat khemah tu kena bagi briefing lagi oleh Kem Komanden.. ngehehehhe
Ni kawasan depan dewan tempat kami selalu berkumpul tiap kali sebelum masuk dalam dewan.hehe
Yang ni preview sekitar dalam dewan.. ni jak lah batch Januari 2012.. 60 orang sejaa. tak juga ramai sangat.Hoho.
Yang ni pula tempat kami makan breakfast, lunch, dinner & supper. hahahaha.. Palinglah ahh. Saya rasa di sini lah tempat masa kami luangkan paling majoriti.hoho
Yang ni pula aktiviti protokol menurunkan bendera.. Semua diatur dengan guide Pensyarah...
Part ni best~ Kami tiba-tiba kena suruh jogging tym first day. haha. Siap nyanyi lagi. Lagu mengarut pula tuu.. hahahahahhaha xD
Ni lah kumpulan meja makan kunang-kunang. ^_^
Yang ni pula breakfast untuk julung-julung kalinya bersama-sama semua sebelum aktiviti air... Jom layan gambar di bawah ni.. kitaorg berkayak behh.. Water confident di tengah laut. hahaha. Apa pula tuhh?? Lawak yang tak dapat mau ketawa. >.<
Semat kan life jacket durg??? Mode jeles ni.. haha
Ni lah sebab napa saya jeles~ Kami punya life jacket macam snow white.. apa pula tuhhh??? Ada kolar tinggi dari telinga. hahahahaha xD
Hahaha.. actually, kami mula-mula naik bot ni baru balik dari water confident dengan kayak. Penat gilak ehh~
Hah!! yang ni lah kumpulan Kunang-kunang saya.. hehehe. masa kami buat pembentangan mengenai guru idola.hehe
Asri the steady one macam berjalan ja dia limpas ni halangan berpalang ni..hoho
Tiga ahli kami tak lepas monkey climbing kah namanya tu.. lupa suda.. haha. Saya lepas okehh walaupun agak perlahan. haha xD
Rusa di checkpoint 2 tempat di mana name tag ketua kumpulan kami kena ambil disebabkan terpedaya dengan fasilitator. LoL!
Makeup time!!! hahaha... Facial treatment free bah ni.. mana mau cari. Hahaha >.<
Kena suruh jalan itik okehh.. jauh dari hujung hingga masuk dalam air..
Tu naaa tukang masak paling tidak pandai masak memasak masakan rimba. Hahaha. Siapalah tuhh?? LoL~
Ni masa refleksi keseluruhan di mana c Timothy paling siuk refleksi dia. Hehehe.. Dia tertanya-tanya kenapa dia, Sunardi, Akmal & Jerome kena suruh jalan seorang diri untuk kembara malam tu. Sudahlah torch light kena ambil, bergelap jalan sorang-sorang untuk survive sampai di hujung jalan. Siapa ada lagi yang jatuh balik-balik di lubang hampir gaung tu. Urgghhhh... Serammmm~
Yang paling best kan... selama 4 hari berada di sana, tak pernah dapat satu watikah pun dari kawan-kawan. Tapi, hari terakhir ni pula saya dapat. Terharunya...hehehe. Touching2 saya masa tu.. haha xD
(Syukurlah nakk~)
Yang ni part kena denda sebab ahli kumpulan durg tertinggal tidur dalam khemah. hahaha xD
Masa ni kami tengah bersiap mau pi kembara hutan... Hoho.
nahhh.. cuba kamu tengok ni. Gara-gara ahli kumpulan tertidur di khemah, durg kena denda kawad baring. Kesian~
Hah!! yang ni pula bahan-bahan yang kami bawa untuk kembara hutan. 3 biji telur, mentega & tepung. Ikhtiar hiduplah katakan.. hehe
Mukamuka kebosanan menuggu turn bergeak ke hutan...
Hahahaha.. Yang ni kumpulan GEMPA BUMI... Durg ni sesat okehh... kami yang berlepas lewat pun boleh bertembung lagi sama durg ni di tengah hutan.. Konon-kononnya tempat yang kami masuk tu jalan mati. Siap ada dibilang sungai & laut lagi.. Padahal yang sebenarnya sungai tu KOLAM & laut tu pula rupa-rupanya bunyi pokok yang ditiup angin.. apa pula tuhh?? lucu laut durg. hahahahaha xD
Hahaha.. yang ni lepas jadi buaya di dalam sungai. Terapung-apung dalam air then bertiarap mcm buaya tu naik dari dalam air. Hah! boleh bayangkankah?? Kalau tak boleh pi try sendiri. Miahahahahaha xD
Juri-juri yang berwibawa memberikan markah untuk persembahan malam kebudayaan kami. Hoho. Terhibur durg dengan lakonan kami terutamanya kumpulan enam kisah c Uki... Haha
Yang ni pula befday boy masa camping BIG aritu. hoho. Terus kem komanden suruh dia bagi ucapan di hadapan.ngeee ^_^
Jeng3x.. Cuba teka ini siapa?? Ini ahli kumpulan saya.. yang membelakang pakai tudung warna hitam tu "saya" lah.. hehehehe. LoL! Ini hari terakhir kami di sana. Tunggu mau breakfast dan pulang..hehe
Yang teda gambar di sini gambar kami Infrared@kembara malam. (Tikar bambu) ngehehehehe.. Tikar mengkuang pula jadinya. Kisah paling tak dapat dilupakan okehhh.. haha. C Dyg tiba-tiba pula tiup wisel di tengah hutan tu. Padahal wisel tu tujuannya untuk kegunaan jika berasa diri diancam. Hahaha. xD lucu..
Partner saya masa tu budak Pj, c ShafiQ. Ahh.. hentam saja eja nama dia. Yang penting lucu lah. Sepanjang jalan tu saya rasa mulut kami masing-masing terkumat-kamit la membaca ayat-ayat suci. Wakakakaka... Padahal teda apa-apa juga pun. (Syukur alhamdulillah.. padahal penakut juga ni. hoho)
Well, malas dah nak cakap panjang lebar... lepas ni ada lagi part II untuk tajuk entri yang sama. hehehe..
~To be continued~





