Sorry Sorry Sorry [Tanpa nama]

Assalamualaikum...



Entri ni sepatutnya saya post dua hari sebelum hari ni... Ini pun sebab saya memang dan sangat rasa bersalah kat sorang kawan saya ni. 


Dear my friend...

          Sorry sekali lagi... Saya betul-betul minta maaf. Saya taktau nak buat keputusan yang lebih baik. Saya melanggar janji. Saya buat kamu terkilan. Saya juga buat keputusan sendiri. Huhu. Sangat-sangat minta maaf kerana tidak prihatin terhadap perasaan kamu. (bukan bermaksud perasaan yang lain2 ya).



          Mungkin kalau saya Mention dahulu seperti yang kamu pesan agaknya tak jadik macam ni kan?? Saya betul-betul mengecewakan. Tp, jujur... Saya kasihan kawan kita yang seorang tu lagi... Bukan saya berniat sengaja untuk melanggar janji. Tapi, keadaan darurat bah... (nda juga perang bah sampai jadi darurat.hehe)

          Kamu tahu my friend?? Suara moody tu memang buat orang lain rasa serba sangat salah..(nah kau.. hentam saja tatabahasa ni) Saya rasa entri kali ni khas untuk minta maaf dengan kamu seja lah.. Bukan mau cari publisiti murahan... Tapi, di sini sajalah saya boleh tulis apa saja yang saya suka & segala apa yang terbuku di kalbu ni.. Susah dowh mau luah.. Kalau setakat di handphone tu bukan senang mau taip freely macam ni. Lenguh juga jari menekan keypaid yang keras tu..

          Oke... Mungkin juga classmate saya yang lain sedang membaca entri saya yang ini. Jangan kamu salah anggap ah.. Terutama c Saiful n c Mijo.. Saya secara sengaja telah menyakitkan hati salah seorang classmate kita. Yang korang gelar “Soulmate” saya tu.. Alah big brother saya di IP ni bah.. Hmmm... Lama sudah saya tidak buat orang marah.. Jadi, rasa lainlah juga sudah. Perasaan serba salah tu makin menebal dalam diri. (bulih kaitu dipahat ah kikis atau kikir pakai pemahat?)



          Apa-apapun... Saya nak berterima kasih [Mijo & Jidin] sebab mengajak kami [saya, rumet saya c kaichou Pina, Peacock, Shana, Sido, Sarah & Zah] sungkai di luar hari ni. Ayam Percik Madu balung cocos + teh tarik + bakso special... Fuyooo.. Sodapppp!!!



 ~The end~

Happy Belated New Year 2012

Assalamualaikum...



Hello.. wello guys... Agak lama juga saya tak buat entri ni. Almaklumlah sibuk dengan cuti. [mengkali lahhh.. haha]

Mau tau ka apa saya buat masa cuti di rumah???
Jeng.. jeng.. jeng...




Hahaha.. saya ikut dad saya menanam padi lorr.. nampak ka yang di siring-siring tu?? Itu saya yang tanam.. budak amatur lah katakan. haha. Tunggang langgang jadinya semai tu.haha. Tapi best juga lah... exercise time cuti.hehe. Tahun sebelum ni pun saya ada gak p masuk sawah. CRAMP terus kaki terlampau berdiri dalam air.ngaaa~

Ada story saya di Kota Marudu aritu masa saya stay di quarters hospital rumah kaka saya. Malam sebelum saya mau balik KK tu kaka saya 'On Call', so ngam-ngam malam tu ada patient yang mengandung mau kena operate. Tapi, malangnya patient tu meninggal dan anaknya tidak sempat dikeluarkan. Dengan anaknya sekali meninggal dunia. Inalillah....

Hah!! Yang itu kes pertama... Yang keduanya pada pagi keesokan harinya tu pula saya ready-ready mau pulang sudah tu sambil menonton Upin & Ipin dengan anak buah saya & pengasuhnya. Tiba-tiba dalam jam 10 lebih macam tu ada orang menangis kuat betul. Ngam-ngam depan rumah lagi tu tapi di bawah la.. rumah kaka saya di tingkat dua. Berbalik kepada cerita saya tadi, orang yang menangis tu mula-mulanya saya tak endah tapi disebabkan bunyinya lain macam kami semua yang ada dalam rumah tu or paling tepat lagi semua orang yang ada di sana menenguk ke luar tingkap.


Lokasi Kejadian 'SUICIDE' yang diambil dari tingkap rumah kaka saya.

Rupa-rupanya ada orang 'Suicide' pula. Bunuh diri terjun dari tingkat empat bangunan depan rumah kaka saya tu di rumah yang paling hujung. Secara kebetulan ada warga kuarters tu baru balik dari somewhere la dengan kancilnya. Tak semena-mena ternampak pula orang jatuh dari tingkat atas kuarters tu di hadapan kereta diaorg. Apa taknya menangis, trauma gilak bah tu. Mula-mula spekulasi kunun husband kepada yang meninggal dengan anaknya semalam. Konon-kononnyalah.. Tapi, sebenarnya orang tu orang gila yang lari dari wad then naik p tingkat empat dan pecah masuk rumah orang baru pecahkan tingkap & lompat terus ke bawah. Berdasarkan apa yang saya nampak orang gila tu masih hidup selepas dia terjun tu. Posisinya bersujud dengan muka yang mencium tar. Agak lama jugalah baru datang nurse-nurse dan AMBULANCE bawa penerjun tu ke ICU. haha.

Kereta kancil warna putih tu lah yang trauma habissss. haha


Nak dibuat cerita, kebetulan tempat c penerjun tu lompat berdepan dengan kantin & kafeteria hospital tu. Taukenya c Bangla yang gelap tu pun boleh jadi putih kepucatan gara-gara c penerjun tu lompat di depan matanya. haha. [Tips menarik ni.. kalau mau jadi putih, tengoklah orang suicide secara LIVE.hehe]
Selepas kejadian tu, abang ipar saya cepat-cepat mau hantar saya balik. Seram sejuk katanya mau limpas di tempat kejadian tu. Masa kami lalu tampat tu pun masih lagi ada darah pekat di atas tar tu. Siap di gambar lagi oleh orang di sana.. saya cuma ambil gambar dari jarak jauh sejaaa..hehe



Okelahh... Main pointnya di sini ialah saya nak ucapkan selamat tahun baru 2012. Biarpun agak lewat beberapa hari. ADA AKU KESAH??? haha. Gurau sajalah. Nak tau apa ayat pertama di tahun 2012 ni yang saya dengar??? Kawan-kawan saya cakap saya ni makin kurus.haha. [Sa tengok macam takda perubahan pula..wawawawa]

Baru beberapa hari yang lalu saya berada di rumah kedua saya ni dan perasaan tu amat lain. Taktaulah kenapa. Yang pastinya kuliah dah mula, semester dah tukar, lecturer pun dah tak sama... Semester ni harap-haraplah saya bersungguh-sungguh nak berubah kepada yang lebih baik kerana start sekarang ni pointer dah diambil kira. [Sangat tekanan!!!]

Lagi satu, sem ni jugalah saya jadi PKU.. tau ka PKU tu apa?? Kepanjangan PKU tu ialah Penolong Ketua Unit atau lebih dikenali sebagai Pen. Ketua Kelas. [Sadis jua eh memikul tanggungjawab tatkala perubahan semester yang sangat padat ni. Tapi, takpa sem ni kejap jak.hehe]


Part ni bab saya rindu anak kucing Siam saya, c Ming-ming. Aigoo... Selalunya, time-time ni saya pi jenguk-jenguk dia di aras bawah & bawa dia main. Tapi, sekarang ni mana dapat lagi... Mesti c Ming-ming lupa sudah kali sama saya ni apatah lagi c Kaka mau bawa c Ming-ming tu di Kota Marudu. wuwuwuwuwu T_T [Sodeyh gilak ni!! Gilak pun tak macam ni bah..haha]

Perkara-perkara di atas menjadi punca saya HOMESICK sekarang ni... Tapi. CNY nanti tak juga saya mau pulang. Mahal sangat tiket flight woahhh. [Kenapalah banyak fikiran betul lately ni arr??]

Beralih kepada situasi di rumah saya sekarang ni... Rasanya mom saya dah sampai kat rumah kot selepas Cuti-cuti Malaysia di rumah nenek saya kat KK. haha. Rindu pula sama mom saya tu. Walaupun kadang-kadang kuat membebel & buat panas telinga mendengar bebelannya tu, tapi tetap juga bah saya rindu. hehe.

Kat kampus ni tak lama lagi ada penghuni baru ambilan Januari 2012. Minggu depan baru kami (Semester 1) ada orientasi. Orientasi kami rasanya bukanlah yang buat aktiviti chicken dance semua tu. Tapi, lebih kepada ceramah pengenalan kepada opsyen kami. Agaknya orientasi sama-sama dengan DPLI & PPISMP Khas (GSTT) tu kali. Adoi.. Semuanya umuran senior-senior belaka. Apa-apa pun saya ucapkan TAHNIAH kerana berjaya melepasi proses saringan & temuduga sehingga akhirnya dihantar ke kampus Tawau ini bagi menjalani pembelajaran mod sepenuh masa. ^_^

Lagi satu yang buat saya EXCITED ni... UiTM Tawau dibuka sudah dan ada jugalah kelihatan penghuni-penghuni UiTm tu. Boleh la ni mengorat. Hahaha. weiihh!! Dekat gilak eh hostel perempuan & lelaki. Berdepan saja lagi tu. haha. Lantak tu arkiteklah kenapa dia bina macam tu. Asalkan korang bahagia.hihi. [gurau sejaaa..]

Yang ni sebenarnya coklat bukan haiwan mahupun binatang. Order tahun lalu tapi baru dapat hari ni.hehe

Bah, sebelum saya kepenatan menaip ni... saya mau minta maaf dululah ya.. Isi dalam entri saya agak berterabur.hehe. Hentam sajalah kan... Macam tak besa pula. k, bai... :p
Copyright© 2010. Nadeela Mishada. All Rights Reserved.