PML 5 and a half years

Assalamualaikum wbt...

First of all, fyi this is the first entry of this 2015 year I ever wrote since March 2014. Guess what? Right now, I am currently a final year student and currently having my very last moment with all my classmate since we're all having our final exam and final paper on this upcoming thursday. Phewww! What a hectic semester this is. Okay! Done speaking in English. Lemme back to my own self. haha

Our last photo together with our mentor

Memandangkan VIVA dah lama siap, assignment pun dah hantar semua, exam tinggal satu paper lagi... Part ni yang paling malas nak buat. PACKING!!! Dah tu bukan sekadar packing baju tapi packing semua barang bawa balik rumah. Almaklumlah, dah semester akhir dan perlu check-out dari sini. OMG! Biar betul dah nak habis pengajian 5 tahun 6 bulan ni? Perasaan tu macam baru daftar masuk pula di sini. Pejam celik, pejam celik berlalu sudah 5 tahun 6 bulan tu. Macam sekejap saja rasanya. Macam masih junior lagi ni di sini. (lebih-lebih pulak ni..haha)

Bagaimana agaknya kehidupan selepas tamat pengajian nanti? Adakah masih sendiri dan terus menyendiri? Adakah masih keep in touch dengan mereka-mereka yang ada di dalam gambar di atas? Adakah diri ini dapat mengembangkan potensi kendiri jika diberi penempatan nanti? I wonder... Terlalu banyak persoalan di minda. Terlalu banyak yang hendak dijawab dan untuk menjawab semua itu, me myself haruslah berani membuat keputusan dan menyesuaikan diri dengan segala tindakan yang bakal diambil. Yeah... That's it! (mana-manalah..)

Nukilan kali ini bukanlah hanya sekadar ingin merapu tak tentu pasal, tapi ingin mendedikasikan sesuatu buat para sahabat perjuangan yang telah lama berjuang bersama-sama. (macam dari berperang pulak bunyi ayat ni.. haha) Ok, sambung... Hubungan sesama kita 20 orang dikira akrab ibarat adik-beradik yang membesar bersama. Yaaa.. memang kita semua dewasa bersama-sama. Dari umur belasan tahun sehingga umur 20 an memang tua bersama-samalahkan. Tapi, perangai memang tak dewasa langsung walaupun semuanya layak sudah jadi 'mama dan bapa budak' orang bilang. Namun demikian, semua itulah yang akan dirindu. Zaman kegilaan kita semua bersama yang tidak matang bakal menjadi bualan di masa akan datang jika bertemu kembali 20 orang duduk satu meja yang sama. (sedih la pulak... :'(  )

Walaupun kena krik krik di akhir-akhir masa bersama kamu semua ni, saya masih lagi cuba untuk mempositifkan diri dan berusaha untuk mencipta memori. I do cherish every moment with all of you even kena krik krik.. (Kalau marah jangan berpanjangan.. Maafkanlah.. Esok, lusa, tahun depan, lima tahun akan datang dan seterusnya belum tentu berjumpa lagi...) hehe. Reminder ini ditujukan khas untuk diri sendiri dan sesiapa sajalah. ngeee

Sahabat, adik, kakak, abang, room-mate, practicum-mate dan semuanya... Kamu tiada ternilai dalam kamus hidup ini. Marahlah.. Merajuklah.. Kutuklah.. Permainkanlah.. Kamu tetap di hati ini. Apalah erti semua 5 tahun 6 bulan ini jika tidak bersama kamu. (Tiba-tiba tukar mood pulak.. xD)  

"Satu hati" 

Itulah cogan kata kita semua selama 5 tahun lebih di sini. (I do remember Jerome everytime I said that phrase..) Memandangkan internship nanti ada yang balik kampung halaman masing-masing dan ada juga yang masih tetap di sini... I wanna say good luck to all of you and please don't forget me since saya pun salah seorang ahli geng pengecut juga. haha. 

A magical word that unite all of us #PML

Till we meet the other days...

Thank you...

Copyright© 2010. Nadeela Mishada. All Rights Reserved.