Showing posts with label Sorry. Show all posts
Showing posts with label Sorry. Show all posts

Sorry Sorry Sorry [Tanpa nama]

Assalamualaikum...



Entri ni sepatutnya saya post dua hari sebelum hari ni... Ini pun sebab saya memang dan sangat rasa bersalah kat sorang kawan saya ni. 


Dear my friend...

          Sorry sekali lagi... Saya betul-betul minta maaf. Saya taktau nak buat keputusan yang lebih baik. Saya melanggar janji. Saya buat kamu terkilan. Saya juga buat keputusan sendiri. Huhu. Sangat-sangat minta maaf kerana tidak prihatin terhadap perasaan kamu. (bukan bermaksud perasaan yang lain2 ya).



          Mungkin kalau saya Mention dahulu seperti yang kamu pesan agaknya tak jadik macam ni kan?? Saya betul-betul mengecewakan. Tp, jujur... Saya kasihan kawan kita yang seorang tu lagi... Bukan saya berniat sengaja untuk melanggar janji. Tapi, keadaan darurat bah... (nda juga perang bah sampai jadi darurat.hehe)

          Kamu tahu my friend?? Suara moody tu memang buat orang lain rasa serba sangat salah..(nah kau.. hentam saja tatabahasa ni) Saya rasa entri kali ni khas untuk minta maaf dengan kamu seja lah.. Bukan mau cari publisiti murahan... Tapi, di sini sajalah saya boleh tulis apa saja yang saya suka & segala apa yang terbuku di kalbu ni.. Susah dowh mau luah.. Kalau setakat di handphone tu bukan senang mau taip freely macam ni. Lenguh juga jari menekan keypaid yang keras tu..

          Oke... Mungkin juga classmate saya yang lain sedang membaca entri saya yang ini. Jangan kamu salah anggap ah.. Terutama c Saiful n c Mijo.. Saya secara sengaja telah menyakitkan hati salah seorang classmate kita. Yang korang gelar “Soulmate” saya tu.. Alah big brother saya di IP ni bah.. Hmmm... Lama sudah saya tidak buat orang marah.. Jadi, rasa lainlah juga sudah. Perasaan serba salah tu makin menebal dalam diri. (bulih kaitu dipahat ah kikis atau kikir pakai pemahat?)



          Apa-apapun... Saya nak berterima kasih [Mijo & Jidin] sebab mengajak kami [saya, rumet saya c kaichou Pina, Peacock, Shana, Sido, Sarah & Zah] sungkai di luar hari ni. Ayam Percik Madu balung cocos + teh tarik + bakso special... Fuyooo.. Sodapppp!!!



 ~The end~

Maafkan Saya Sahabat

Hari ini sudah masuk hari sabtu.. Semalam saya dan rakan kumpulan berentap di gelanggang pantun. kejadian hari khamis, saya belum siap pun pantun. Minta tolong abang buat pantun, tapi jawapan di depan mata. Maka, saya tunda lagi ke hari jumaat iaitu kelmarin. Di dalam kelas saya lugai-lugai tak buat pantun. Balik hostel baru berkakai buat pantun kiasan. Itupun selepas berlakunya satu tragedi di hostel. Ibarat kata orang tua-tua "sudah terhantuk baru terngadah". Bukan apa, saya ni sakit perut. Sampai-sampai ja di hostel, saya terus ke tandas. Sesuatu yang tak di sangka menjahanamkan diri. Terjelepuk di hadapan pintu tandas dekat dengan bilik Seterika. Malu ku pikul tidak terhingga. Kak Ain dan Room mate si Dayang straight berda di belakang saya masa tu. Bangun-bangun ja terus saya berlari ke bilik mandi membasuh tangan dan kaki. Sakit juga lebam di tangan ni. Tapi itu bukan main point saya sekarang ini. Bukanlah nak cakap banyak. Tapi, saya di sini dengan "officially"nya ingin meminta maaf kepada kumpulan pantun PPISMP PML JUN 2010. Saiful, Riduan dan Hidayah. Saya mengaku saya bukan pemantun yang baik. Walaupun kita dinobatkan sebagai JOHAN, tetapi saya rasa saya tidak berhak berdiri bersama kamu. Saya ni cuma "SPOILER". Hancur hati tidak terkata. Lidahku kelu hatiku terkedu. Mohon maaf andai saya pernah terlebih bicara, terlebih aksi dan semua yang berkaitan. Baru saya sedar, saya ni masih belum cukup ilmu di dada. Macam dalam pantun daya beberapa jam yang lalu. "Kalau ilmu setampuk pinang, mengapa gunung hendak dilangkah?" Macam tu lah nasib diri yang malang. Bagi soalan kat orang tapi terkena batang hidung sendiri. Saya mungkin terasa hati, tetapi itulah saya. Terasa bukan sebab apa. Saya terasa kerana saya sedar siapa saya. Saya tidak menghormati perasaan orang dan tidak berupaya menjaga perasaan kamu. Saya betul-betul minta maaf. Kamu berhak kecewa dengan saya yang tidak komited dan mungkin berlagak pandai. Airmata ini cukup murah untuk gugur kerana kekhilafan diri yang semakin alpa. Harap saya dimaaafkan. Andai saya pernah terlanjur bicara. Saya tidak lagi akan muncul di pentas selagi keyakinan diri semakin jatuh. Tidak pernah saya rasa seteruk ini tanpa dapat mengadu kepada siapa-siapa. Hanya kamu teman setiaku duhai blog STSKC... MAAF..
Copyright© 2010. Nadeela Mishada. All Rights Reserved.