Hari ini sudah masuk hari sabtu.. Semalam saya dan rakan kumpulan berentap di gelanggang pantun. kejadian hari khamis, saya belum siap pun pantun. Minta tolong abang buat pantun, tapi jawapan di depan mata. Maka, saya tunda lagi ke hari jumaat iaitu kelmarin. Di dalam kelas saya lugai-lugai tak buat pantun. Balik hostel baru berkakai buat pantun kiasan. Itupun selepas berlakunya satu tragedi di hostel. Ibarat kata orang tua-tua "sudah terhantuk baru terngadah". Bukan apa, saya ni sakit perut. Sampai-sampai ja di hostel, saya terus ke tandas. Sesuatu yang tak di sangka menjahanamkan diri. Terjelepuk di hadapan pintu tandas dekat dengan bilik Seterika. Malu ku pikul tidak terhingga. Kak Ain dan Room mate si Dayang straight berda di belakang saya masa tu. Bangun-bangun ja terus saya berlari ke bilik mandi membasuh tangan dan kaki. Sakit juga lebam di tangan ni. Tapi itu bukan main point saya sekarang ini. Bukanlah nak cakap banyak. Tapi, saya di sini dengan "officially"nya ingin meminta maaf kepada kumpulan pantun PPISMP PML JUN 2010. Saiful, Riduan dan Hidayah. Saya mengaku saya bukan pemantun yang baik. Walaupun kita dinobatkan sebagai JOHAN, tetapi saya rasa saya tidak berhak berdiri bersama kamu. Saya ni cuma "SPOILER". Hancur hati tidak terkata. Lidahku kelu hatiku terkedu. Mohon maaf andai saya pernah terlebih bicara, terlebih aksi dan semua yang berkaitan. Baru saya sedar, saya ni masih belum cukup ilmu di dada. Macam dalam pantun daya beberapa jam yang lalu. "Kalau ilmu setampuk pinang, mengapa gunung hendak dilangkah?" Macam tu lah nasib diri yang malang. Bagi soalan kat orang tapi terkena batang hidung sendiri. Saya mungkin terasa hati, tetapi itulah saya. Terasa bukan sebab apa. Saya terasa kerana saya sedar siapa saya. Saya tidak menghormati perasaan orang dan tidak berupaya menjaga perasaan kamu. Saya betul-betul minta maaf. Kamu berhak kecewa dengan saya yang tidak komited dan mungkin berlagak pandai. Airmata ini cukup murah untuk gugur kerana kekhilafan diri yang semakin alpa. Harap saya dimaaafkan. Andai saya pernah terlanjur bicara. Saya tidak lagi akan muncul di pentas selagi keyakinan diri semakin jatuh. Tidak pernah saya rasa seteruk ini tanpa dapat mengadu kepada siapa-siapa. Hanya kamu teman setiaku duhai blog STSKC... MAAF..


3 comments:
Sahabat mu sering berada di sisismu..
hahaha..touching jg..next time kalau ada lg ko jg yg mst naik tu..hoho
haha.. touching ka pula?? nda lg sa mok berpantun. kaC can org lain lh..huhu
Post a Comment
First of all--> watch your words ^_____^