Pernah dengar "IPG Kampus Tawau" tak???
I'm so sure tak ramai yang familiar. Kalau siswa siswi IPG tu mestilah tahu...hehe
Selalunya IPG ni disebut "Maktab".
Ya,,, memang betul maktab pun. Tapi sekarang dah tak guna nama Maktab lagi. Dah dinaiktaraf dah namanya p Institut. Ala-ala Universiti gitu..hoho
Di sini saya nak cerita pasal tempat di mana saya berada dan menuntut ilmu sekarang ni.
Saya sekarang sedang mencedok ilmu di IPG Kampus Tawau. Kalau orang Tawau tu confirm sudah tau di mana letaknya IPG ni. Yang tak tahu tu, meh saya bagitau.. IPG Kampus Tawau ni letaknya di Balung sebelum airport dan agak jauh daripada bandar. Ke bandar saja mengambil masa dalam 45min macam tu. Lama kan??? Sempat lagi meleleh liur kalau tidur dalam bas. hahaha xD
Saya nak tanya, korang tau tak macam mana rupa IPG Kampus Tawau ni??? IPG ni cantik tau... besar pula tu..
Jom tengok kat link ni..
**http://www.etawau.com/edu/MaktabPerguruan/News.htm [Jom baca artikel mengenai IPG Kampus Tawau ni... antara IPG yang terbesar n terbaru di Malaysia tau..hehe]
**http://www.etawau.com/edu/MaktabPerguruan/Compound.htm [Jom tengok keindahan bangunan-bangunan di Institut Pendidikan Guru ini]
**http://www.etawau.com/edu/MaktabPerguruan/Enviroment.htm [Jom meninjau keindahan alam di sekeliling IPG Kampus Tawau, Sabah.]
--> Sudah lihat semua di atas??? Apa pendapat anda???
Saya rasa sungguh bertuah ditempatkan di sini walaupun keinginan diri kuat untuk merantau di negeri-negeri seberang laut China Selatan. hoho.
Tak apalah,, mungkin belum ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana. May be someday saya akan tiba juga di sana. Insya-Allah. :D
Berbalik kepada cerita asal, nak tahu tak apa perasaan saya apabila ditempatkan di IPG Tawau ni???
hahahahaha... memula tu memang nak menangis sebab saya mengolok kawan yang dapat di sini juga. hahahahaha. Kotoh!!! Saya sendiri pun kena di Tawau juga. Wakakakakkakakaaka.
Datang ke Tawau buat pertama kalinya pada 27hb Jun 2010 bersama mom, abang sulung n nenek bongsu. Tarikh keramat tu tau.. heeee^^
Bukan apa, ada hikmahnya juga saya ditempatkan di Tawau ni..
## First time jejakkan kaki di Tawau ni.. Mom n nenek saya pun sama juga. hehehe :D
## First time berjauhan dan kena survive sendiri nun jauh dari family.
## First time bersendirian tanpa sahabat-sahabat rapat yang selalu mendampingi diri ini.
## First time dapat rumet yang "Gila korea". hahahaha [Sama-sama juga kami mononton kadang-kadang.]
## First time dapat assignment yang bertimbun-timbun. [kunun lah banyak sangat... bolehlah.. :)]
## First time juga merasakan diri bukan lagi pelajar sekolah menengah!! hehe. [paling best!!!]
## Di sini saya mula berubah kepada yang lebih baik daripada sebelumnya. [kurang sudah sifat panas baran tu.. :)]
## Di sini saya didedahkan pelbagai ilmu yang saya tidak pernah tahu. [kamu tau kah sanggar itu apa?? hahaha itulah kuih pisang goreng.. saya baru tau bahasa tu di sini.hoho]
## Di sini saya bersahabat dengan ustazah-ustazah yang sporting.. :)
## Di sini saya tidak lagi menengok TV. hahahaha xD [tengok drama saja di lappy. :)]
## Di sini saya sentiasa menginsafi diri. [Kira maksudnya muhasabah diri lah tu.hehe]
Nahhh... tu semua yang saya alami.. mungkin ada lagi yang saya lupa senaraikan.hehe
Best apa duduk sini. Tagapnya juga saya nda balik dari start kuliah awal tahun aritu sehingga kini. hahahahha
Cuti Chinese New Year & pertengahan semester aritu pun saya nda balik juga. hoho.. Paling lah KANYANG!!!!
Menebal betul sudah ni rindu sama kampung halaman. Badan pun makin besar sudah ni. Nda tau apa yang saya makan di sini ni.. Sedap-sedap makanannya..
Nahh.. saya kasih tengok kamu nasi lalap Tawau.. hihihi. Nyum..nyum..nyum..
![]() |
| **Nasi Lalap Tawau... ^_^** |
Hohoho... Nda sabar saya mau balik kampung ni..
Mummy,, Daddy nantikan kepulangan anakmu ini ya... hehe [buang tabiat dah ni.. :)]
Ikhlas dariku,
~Nadeela Mishada~



No comments:
Post a Comment
First of all--> watch your words ^_____^