Soalan:
Secara individu, pelajar dikehendaki melaksanakan tugas
berikut:
- Pelajar mendapatkan bacaan tambahan tentang penggredan dan prosedur pelaksanaan PBS.
- Pelajar menyediakan laman web pembelajaran dan menyangkut kerja mingguan di laman web pembelajaran masing-masing setiap minggu.
Penggredan PBS
Pencapaian dalam PBS akan dinilai dan pelajar perlu
menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai
adalah:
a) Kehadiran
pelajar dalam PBS
b) Menyempurnakan
tugasan (dinilai oleh pensyarah)
c) Portfolio
individu
d) Laporan
Perkembangan Pelajar.
Prosedur Pelaksanaan
PBS
Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) tentang program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
- Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
- IPGM akan memaklumkan/ memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah.
- IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
- IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
- IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.
- Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat.
PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran
iaitu:
Rajah 18: Bentuk Format Pentaksiran PBS
1. Kerja kursus / PEKA
·
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang
dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
·
LPM membekalkan dokumen pentaksiran
·
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
·
Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
·
Markah dihantar kepada LPM
·
Sekolah mengeluarkan sijil
2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
·
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi
pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
·
LPM membekalkan panduan
·
LPM/JPN/PPD melantik pemantau/ penyelaras
·
Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
·
Sekolah mengeluarkan sijil.
Prinsip Penilaian
Berasaskan Sekolah
·
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada
perancangan berikut: Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat,
kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau
pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh
pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi mata pelajaran
berkenaan.
·
Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada
usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang
terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
·
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada
proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
·
Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada
perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan
skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh
peraturan penggredan yang telah dibina.
·
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip
dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
·
Pelaporan positif.
o
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap
penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.
Rajah 19: Aspek Yang Dinilai
Dalam PBS




No comments:
Post a Comment
First of all--> watch your words ^_____^