Soalan:
Secara individu, pelajar dikehendaki melaksanakan tugas
berikut:
- Pelajar membuat bacaan lanjut tentang penilaian pengalaman pembelajaran dalam bentuk tapak pembelajaran.
- Pelajar menyediakan laman web pembelajaran dan menyangkut kerja mingguan di laman web pembelajaran masing-masing setiap minggu.
Penilaian Pengalaman
Pembelajaran
Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan
untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik
dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan
pendidikan. Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang
kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan
kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan
secara keseluruhan.
Penilaian pengalaman pembelajaran
aadalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala,
berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan
yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran yang telah
dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang merupakan
ujian ataupun bukan ujian. Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara
guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan sosial,
sikap dan keperibadian siswa atau peserta didik.
Rajah 11: Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran
Kaedah Jigsaw
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat
memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat
meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan
Brent, 2004). Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam
Hafizah Husain et al (2006).
Menurut Hafizah Husain et. al (2006) kaedah jigsaw
menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya.
1. Pergantungan
secara positif.
2. Tanggungjawab.
3. Interaksi
secara terus seperti bertentang mata.
4. Mempraktikan
kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
5. Penilaian
kendiri secara berterusan.
Kritikan Terbuka
Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam
pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi
keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar
akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan
kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang
telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi. Seorang panel
penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah
berdasarkan lima perkara:
1. Intonasi
dan kejelasan suara.
2. Keyakinan
diri di khalayak ramai.
3. Kelancaran
bahasa.
4. Penampilan.
5. Maklum
balas terhadp soalan yang diterima.
Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk
kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat
peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga
dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.
Penilaian Rakan
Kumpulan (PRK)
Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang
digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang
bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek
tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.
Antara aspek-aspek yang dapat
diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar
dalam menyiapkan kerja kursus. Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang
baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung
dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran
dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.



No comments:
Post a Comment
First of all--> watch your words ^_____^